C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
The Struggle Begins!
Friday, 26 June 2015 • Friday, June 26, 2015 • 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....

9th Ramadhan!!! Alhamdulillah, a very peaceful & blissful month :)
Tak sangka, dah hampir setengah tahun jadi form 5. Which means, lagi 3 bulan nak trial SPM & lagi 5 bulan nak SPM. Cuaknyaaaaa masyaAllah >~<

So, start from this ramadhan kena lah ada DUIT yang cukup. Doa Usaha Istiqamah Tawakal. Takde DUIT, bankrap lah hidup hahaha.

DOA: Senjata mukmin. Tanpa doa, kita ibarat pahlawan yang tiada senjata. Keluar bertempur di medan perang tanpa sebarang alat atau perlindungan. Maksudnya, kalau kurang doa pada Allah, kita akan jadi tidak berharap. Doa itu ibarat satu harapan kita pada Allah. Dengan doa, kita akan jadi lebih kuat & yakin dengan pertolongan Allah. Salah satu cara terbaik nak berdoa adalah lepas solat. Lengkapkan solat 5 waktu, dan doa lah pada waktu-waktu mustajab. InsyaAllah, dengan doa kita lebih kuat menghadapi kehidupan.

USAHA: Usaha ada macam2 bentuk. Dalam konteks sekarang nak SPM, usahanya haruslah study. Bukan study 24/7 tapi buat nota, fokus dalam kelas, jangan tido (macam aku selalu TERbuat) dan kena rajin bertanya & study group! Jadual waktu study pun kena disiplin.  InsyaAllah, days by days akan ada improvement.

ISTIQAMAH: Benda yang kena struggle sesangattt! Susah nak istiqamah ni, kena kekalkan amalan dan kebaikan yang kita buat setiap hari. Jadi nak istiqamah kena ada kekuatan. Setkan dalam minda yang kita boleh! Yeay kita boleh! Dan kena sentiasa re-new iman. Kena ingat kita study kerana Allah, bukan nak sijil SPM kita cantik dengan gred A, A+. Kena ikhlas cari ilmu untuk dunia dan akhirat. Second, ingat perjuangan Rasulullah (SAW) untuk berdakwah sebarkan islam dulu. Subhanallah, tabahnya Rasulullah (SAW) dalam berjuang semata-mata kerana Allah. Ketabahan Baginda perlu dicontohi. Next, ingat mama papa, family, cikgu & friends yang banyak sokong dan bantu kita dari kita nerd sampai la lagi nerd hahaha. Kejayaan kita kebahagiaan mereka! :)

TAWAKAL: Maksudnya "berserah diri kepada Allah" in this time, bila dah habis SPM kita lapangkan dada dengan serahkan segala pada Allah. Kalau ada rezeki, cukup usaha dan doa, insyaAllah Allah balas dengan kejayaan. Kalau tak, yakinlah rezeki Allah luas. Mungkin kita lebih baik dalam satu perkara yang lain. Jangan bersedih kalau gagal, sometimes orang yang gagal ni masa depan dia lebih baik dengan usaha. Semuanya dengan izin Allah.

P/s: Amalkan membaca Al-quran, solat sunat hajat & qiamulail untuk tingkatkan keimanan dan memudahkan urusan harian kita.

The struggle begins! Stay focus & aim for the best. InsyaAllah 10A's SPM 2015.



PAST
MY WORDS;
Assalamualaikum :) Aishah Sorfena, 17.

GIVE ME YOUR WORDS;


" Blog under construction"

OTHERS;


>>
date : NOW
at:10 am


>>
date : 12/12/12
at: 12pm


>>
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Life: Journey to Allah